PERKASA dan LAWAK-LAWaK BODOH MEREKA


SATU LAGI LAWAK BODOH "OF THE HIGHEST DEGREE" DARI PERKASA... KALI KINI GILIRAN WIRA PERKASA SEKALI LAGI.....SAH PERKASA PENGECUT, DAYUS, BACUL DAN BERLAGAK GAGAH BERANI PERKASA HANYA DENGAN KEHADIRAN POLIS YANG AMAT MESRA DAN BERLEMAH LEMBUT DENGAN PERKASA.....TERJERIT TERLOLONG MACAM ANJING KURAP KENA DIRUS AIR PANAS TAPI HABUK PUN TARAK.. SETAKAT BAKAR GAMBAR BUDAK TADIKA KEMAS TAHUN PERTAMA PUN LAGI HEBAT.....

Ditanya wartawan berhubung reaksinya terhada protes anjuran PERKASA itu, Namewee berkata: “Saya tiada komen, saya bukan ahli politik. Tujuan saya ke sini adalah untuk majlis anti-perkauman.”
Soalan: Tetapi mereka datang mencari awak.
Namewee: Itu bukan masalah saya.
Mereka membakar gambar awak?
Bukan urusan saya - mereka bakar gambar saya, bukan saya.
Adakah awak akan memohon maaf seperti yang dituntut oleh PERKASA?
Tidak, mohon maaf bukan isu sebenarnya. Saya datang ke sini bagi membantu menyelesaikan isu perkauman.
Adakah awak takut dengan PERKASA?
Saya tidak takut. Saya percaya polis akan melindungi saya.
Namewee meninggalkan dewan berkenaan pada jam 10 malam dengan diiringi beberapa kereta peminatnya serta dua anggota polis bermotosikal.

TAK BERANI PUN MEREKA NAK TAHAN KERETA YANG MEMBAWA NAMEWEE?.....

Category: 0 comments

Kaum Cina menguasai UMNO??? -Ibrahim Ali

PANAS: Ibrahim Ali akhirnya akui parti Cina kuasai Umno! Umno kini barua MCA! >>>>>>>>

Isu Perkasa: Ibrahim kecewa parti kaum Cina kuasai Umno

Ibrahim mendakwa parti-parti Cina BN kini sudah “memperbodohkan Umno”.

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, MCA kini menguasai Umno yang minggu lalu mengisytiharkan pendiriannya menjauhkan diri daripada pertubuhan bukan kerajaan membela hak dan kepentingan orang Melayu itu.

Ibrahim berkata, Barisan Nasional (BN) akan bertindak seolah-olah Pakatan Rakyat (PR) yang menurutnya parti-parti orang Melayu dan Islam seperti PAS dan PKR kini dikuasai oleh DAP.

“DAP sudah memperbodohkan PAS dan PKR. Kini MCA, Gerakan sudah nak memperbodohkan Umno pula. (Datuk Seri Dr Chua) Soi Lek, Presiden MCA pernah berkata tidak salah MCA sependapat dengan DAP atas isu kepentingan orang Cina. Ini tak salah.

“(Nampaknya) Pemimpin Umno terlalu bijak jika (hingga) mahu menjauhkan diri daripada Perkasa,” kata Ibrahim dalam kenyataan menerusi SMS.

Category: 0 comments

Salam Hari Raya Eid!


TaQaBiLuLlAhu MiNnA wA mInKuM... aIdIl MuBaRaK 'aLaYnA wA 'aLaYkUwM...

SELAMAT HARI RAYA KENGKAWAN, SEPUPU, DAN ANAK SEDARAKU

Category: 0 comments

UMNO Vs Perkasa! Dua2 adalah pengkhianat bangsa!


Jika diperhati, ramai dikalangan penyokong Umno bawahan terutama yg berada di ruang maya mempamerkan sokongan penuh terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali, malah dalam banyak ketika mereka sanggup mengutuk, menghina dan memaki partinya sendiri termasuk Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin gara-gara terlalu lantang mengkritik PERKASA..

Menurutnya, Khairy berlebih mengkritik PERKASA mendahului suara/keputusan/hasrat parti, seolah2 bagi mereka penyokong Umno bawahan, parti Umno merestui hubungannya dengan PERKASA serta mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh Ibrahim Ali..

Hari ini, Umno melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa Umno tidak akan sesekali menyokong PERKASA/Ibrahim Ali, bahkan menuduh YB fanatik Melayu itu sebagai punca Umno/BN hilang sokongan rakyat (bukan melayu)!..

Umno juga katanya, akan meletakkan calonnya di Pasir Mas berhadapan dengan Ibrahim Ali sekirangnya Ibrahim Ali kekal dengan sifat bebasnya...

Nampaknya, berita ini pastinya akan mengundang perasaan marah dan benci penyokong tegar Umno..mereka pastinya kecewa dgn pengumuman yg dibuat oleh setiausaha Umno hari ini..masakan tidak, hampir majoriti besar ahli/penyokong PERKASA adalah ahli/penyokong UMNO, begitu juga sebaliknya..maka tidak pelik jika selepas ini berbakul-bakul kecaman malah makian dihemburkan kpd Tengku Adnan termasuk Umno itu sendiri...

Walau apa sekalipun skrip dalam drama bersiri 'Umno VS PERKASA' ini, umum tetap memandang Umno dan PERKASA adalah adik beradik yang mempunyai prinsip perjuangan yg hampir sama, yg tegar sifat kebangsaannya, yang keras semangat asobiyahnya..yang membezakan mereka hanyalah Umno bergerak sbg badan pemerintah, PERKASA pula bergerak sebagai badan bukan kerajaan (NGO)...hakikatnya, mereka mempunyai pertalian yg rapat lagi tekal, terutama dalam menentang PAS dan Pakatan Rakyat (PR)

Persamaan Perkasa dan Umno ni tak jauh bezanya.. Sama-sama penyamun dan sama pencacai CU-CIM-CA.. Dua-dua ni adalah pengkhianat melayu yang sebenar, bukan sahaja rasis, bahkan menyamun hak rakyat..

Kalau yang mengenai Pakatan Rakyat, no 1 kau bangkang!! kalau yang melibatkan umno dan sekutu, langsung tak ade dengar satu pom bangkangan!

Category: 0 comments

DATUK SERI UTAMA RAIS YATIM DAN DATUK SERI FARID RIDZUAN PATUT LETAK JAWATAN


Iklan kontroversi: Kementerian Penerangan patut dipersalahkan dan bertanggung jawab....... Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan adalah pihak yang patut dipersalahkan dalam kontroversi penyiaran iklan sempena Hari Raya tahun ini oleh TV3, kata Naib Presiden PAS, YB Datuk Mahfuz Omar.
"Pada 12 Disember 2005, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu Dewan Negara bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama rapat dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk memastikan kesemua bahan siaran ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan di TV swasta negara ini," kata beliau.
Dari jawapan Shaziman itu, jelaslah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan adalah pihak yang patut dipersalahkan kerana pengakuan telah dibuat di dalam Dewan Negara bahawa kesemua bahan siaran ditapis terlebih dahulu oleh SKMM dan LPF sebelum disiarkan oleh TV swasta negara ini.
Sambil berterima kasih kepada umat Islam yang membantah iklan penuh kontroversi itu, beliau menyifatkan perkara itu mungkin berlaku kerana sikap keterlaluan yang amat jelas diperlihatkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam memantau apa sahaja bahan dalam Internet yang tidak disenangi oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Kerana sikapnya yang amat jelas memperlihatkan beliau sibuk sangat hendak menjadi polis di dalam Internet, Rais ternyata tidak melakukan pemantauan yang sepatutnya terhadap iklan yang dengan jelas membangkitkan kemarahan umat Islam itu walaupun TV3 menayangkannya berkali-kali sejak Khamis lalu.
"Jika Rais sendiri pernah menonton iklan itu, mungkin sensitivitinya sudah terlalu tumpul sehingga kita tidak mendengar sebarang bantahan atau tindakan darinya dan TV3 ternyata mengambil inisiatif sendiri untuk menghentikan penyiaran iklan itu.
"Maklumlah, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad adalah syarikat-syarikat berkaitan Umno atau Umno linked companies dan Rais mungkin tidak ada hasrat langsung untuk melakukan pemantauan secara on air terhadap bahan-bahan yang disiarkan oleh media yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil membangkitkan jawapan Shaziman di Dewan Negara itu turut menyatakan bahawa pemantauan siaran TV dan radio swasta juga dilaksanakan oleh SKMM melalui pemantauan secara on air.
Tetapi, kata Mahfuz, jika iklan sedemikian disiarkan oleh media-media alternatif di dalam Internet, Rais dan Umno pasti akan histeria serta merta.
"Apa yang berlaku itu jelas membuktikan bahawa para pemimpin Umno menilai sesuatu perkara itu dari sudut kepentingan politik mereka.
"Kalau orang lain melakukan sesuatu yang tidak mereka senangi, mereka akan histeria serta merta dan jika diberikan penjelasan yang bersumberkan nas dan sirah Rasulullah sekalipun, mereka akan beria-ia pula memutar kata-kata untuk menegakkan benang basah.
"Tetapi kalau kroni mereka yang melakukan perkara yang dibantah dengan meluas oleh umat Islam, tidak ada langsung sebarang laporan mengenai bantahan dari para pemimpin Umno jauh lagi sebarang tindakan," katanya sambil menuntut siasatan dibuat terhadap penyiaran iklan itu.
Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena Hari Raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.
Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.
Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.
Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer atau computer generated imaging (CGI).
Bagaimanapun, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan memberitahu, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam Sabtu lalu selepas lima kali disiarkan.
TV3 juga memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan itu.....

APA KATA KITA DESAK SUPAYA DATUK SERI UTAMA RAIS YATIM DAN DATUK SERI FARID RIDZUAN LETAK JAWATAN.....LETAK JAWATAN SEGERA!!!

Category: 0 comments

UMNO Tipu,bohong dan kelentong Dulu,kini dan selama-nya..... 756 ahli PAS masuk Umno, bohong!


UMNO Tipu,bohong dan kelentong
Dulu,kini dan selama-nya.....
756 ahli PAS masuk Umno, bohong!
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.
Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.
"Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.
"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.
Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.
Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.
"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.
"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.
Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.
Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.
"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.
"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti.
Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.
Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.

Category: 0 comments

Musa Hassan nk berhenti polis 12 sep??


Ketua Polis Negara yang ketujuh, Musa Hassan pastinya meninggalkan PDRM pada 12 September 2010 ini.Memulakan kariernya sebagai Inspektor Pelatih pada tahun 1969.Jangkamasa 41 tahun dalam sesuatu organisasi dikatakan ada kebaikan dan ada juga keburukannya.Bagi jawatan terakhir Musa sebagai Ketua Polis Negara yang disandangnya sejak 2006, ianya melibatkan orang ramai. Termasuklah kepimpinan negara dan komuniti atau khalayak ramai.Baik buruknya selain dari pemimpinnya, dinilai oleh masyarakat.Musa terpalit dalam pelbagai isu dan skandal. Samada ianya berjaya dibuktikan atau disebaliknya adalah soal lain.Kes usung tilam Anwar Ibrahim, kes rasuah judi haram di Johor, bersekongkol dengan Gani Patail yang seringkali kelihatan menyelamatkan dia, anaknya dituduh bersubahat dengan taukeh-taukeh judi, masalah dalaman dengan Ramli Yusuff, kes liwat Anwar dikatakan sengaja diada-adakan, menipu mahkamah bahawa ia memiiki ijazah dalam undang-undang dan pelbagai lagi.Musa juga gagal memasyarakatkan Polis. Perhimpunan awam tidak dibenarkan. Provokasi kasar dan ganas digunakan di bawah pentadbirannya.Malah taktik ugut digunakan. Sebagai contohnya dalam kes saman ekor. Malah cuba menarik rambut dalam tepung dengan Hishamuddin Tun Hussein . Ia mengatakan ada pihak ketiga cuba mengatur Polis sedangkan ianya adalah masalah peribadi sesama mereka.Ismail Omar akan menggantikan Musa. Ramai yang mengatakan bahawa Ismail tidak sehaluan dengan Musa dari segi gaya pentadbiran. Ia bukan lembu yang boleh dicucuk hidung oleh orang politik sepertimana Musa kelihatan.Namun, jika sikapnya itu boleh dikekalkan dengan jawatan yang bakal dipegangnya, maka sudah pasti gelaran hero polis dan hero demokrasi diberikan kepadanya.Masyarakat bimbang - apabila mula memanaskan kerusi nombor satu, sifat kemanusiaan yang luhur yang ada pada Ismail akan mula pupus.
UMNO seperti biasa akan menggunakannya dan menjadikannya pesuruh sepertimana Musa yang cukup jijik itu.

Perginya Musa ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. Gembira bagai simandul akan mendapat anak.

Category: 0 comments
Related Posts with Thumbnails